Khamis, 2 Januari 2014

Resdung: Masalah Sinus

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum...

Hai semua.. Entry kali ini Atik nak share serba sedikit info berkaitan RESDUNG.

RESDUNG ialah sejenis penyakit hidung yang terjadi akibat radang pada membran sinus. Sinus ialah rongga dalam tulang muka yang mengandungi udara dan permukaannya diseliputi mukosa (kulit yang mengeluarkan mukus atau hingus).

Mukosa mengeluarkan hingus dalam keadaan biasa (fisiologikal) dan hingus ini mengalir keluar dari sinus melalui lubang kecil dinamakan ‘ostium’ ke dalam rongga hidung. Apabila ‘ostium’ tersumbat, hingus terkumpul dalam sinus dan keadaan ini mengundang kehadiran kuman yang akhirnya boleh membawa kepada terjadinya resdung.

Resdung boleh disebabkan virus, bakteria atau kulat (fungus). Semakin banyak kes resdung kulat dijumpai akhir-akhir ini, baik pada pesakit biasa atau mereka yang ada kompromi imuniti (ralat sistem pertahanan badan).





Bagaimana ia terjadi?
Ketika bernafas, setiap orang menghidu masuk ke dalam hidung berjuta spora fungus setiap hari (dianggarkan 57 juta spora sehari). Bagaimanapun, spora ini tidak dapat membiak dalam hidung atau paru-paru yang segar dan sihat.

Mukosa hidung dilengkapi sistem pertahanan tertentu untuk melawan fungus atau bakteria. Apabila berlaku ralat dalam sistem imuniti setempat atau umum, spora fungus dapat membiak sehingga menyebabkan resdung kulat.

Besar kemungkinan spora fungus tersedut ke dalam rongga sinus ketika bersin atau menghembus hingus dengan kuat. Secara tepat bagaimana proses ini terjadi tidak difahami sepenuhnya.

Apa kesannya kepada hidung dan badan?
Spora dalam rongga sinus akan membiak dan mula memberi kesan buruk kepada sinus. Kewujudan fungus membawa kepada beberapa reaksi kimia dan pemprosesan Major Basic Protein (MBP) yang berperanan membunuh fungus, tapi dalam masa sama memudaratkan mukosa dan membenarkan prolifirasi atau pembiakan bakteria.

Ada beberapa jenis sinusitis kulat, tetapi ia boleh dibahagikan kepada dua entiti utama, iaitu:


  1. Jenis yang menyerang struktur sekeliling (invasive). Ini lebih berbahaya. Satu entiti dipanggil fulminant fungal rhinosinusitis mampu merebak cepat hingga ke otak dan mengakibatkan kematian dalam masa singkat.
  2. Jenis ini terjadi pada kes diabetes tidak terkawal dan pesakit kurang ketahanan badan. Penyakit jenis ini menyerang pembuluh darah.
  3. Jenis yang tidak menyerang struktur sekeliling (non-invasive). Contohnya ialah mycetoma (bebola kulat), allergic fungal sinusitis.

Siapa yang boleh terkena jangkitan?
Penyakit ini boleh berlaku kepada sesiapa saja dan tidak tertumpu kepada mereka yang ada ralat imuniti umum, pesakit diabetis atau pesakit kronik saja.

Ia lebih membabitkan orang dewasa dan sangat jarang berlaku kepada kanak-kanak. Kerapkali pesakit adalah mereka yang diketahui ada resdung dan sudah melakukan beberapa pembedahan hidung sebelumnya, tetapi penyakitnya tetap berulang. Sinus yang paling kerap terbabit ialah sinus maksila.

Simptom kulat resdung
Pesakit mengalami simtom seperti sinusitis bakteria seperti:


  • Hidung berhingus, terutama ada benda hitam dalam hingus
  • Hidung tersumbat
  • Sakit kepala
  • Keletihan dan badan rasa kurang sihat
  • Batuk kronik
  • Selalunya pesakit juga ada sinusitis yang tidak baik dengan rawatan antibiotik bahkan surgeri; ada sinusitis sebelah (unilateral), mengalami kerosakan pada tulang sinus (dapat dilihat melalui ujian imbasan Computer Tomography (CT) sinus) dan pesakit pernah mengeluarkan hingus terlalu pekat atau mempunyai tompokan hitam atau menyerupai keju.
Antara supplement atau vitamin yang sesuai dalam mengatasi masalah resdung adalah:


1. Al Falfa Complex



  • kaya dalam nutrisi dan mineral surih
  • mengurangkan toksin
  • melegakan rasa kebas dan sakit sendi
  • merendahkan kolestrol
  • mengandungi enzim penting untuk penghadaman makanan


2. Sustainable Released Vita - C
  • mempunyai fungsi menyeluruh yang dapat menyokong kesihatan jantung, kesihatan imun, keutuhan sel serta kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan pembuluh dara
  • antioksidan semulajadi
  • mengesan integriti sel
  • menolong mengurangkan sistem alergi


3. B - Complex
  • Menggalakkan kesihatan jantung, metabolisma tenaga dan replikasi DNA yang sihat
  • Menukar makanan menjadi tenaga
  • Mengurangkan simptom kemurungan & tekanan
  • Meningkatkan fungsi otak



Secara keseluruhannya ingin sy rangkumkan bahawa setiap penyakit ada penawarnya. Namun kita hanya berusaha, seterusnya kita harus berserah dan tawakal kepada Allah s.wt.

Sekian sahaja entry sy untuk kali ini..

Sebarang pertanyaan boleh tinggalkan di petak "comment" atau hubungi sy secara terus:

Noratika Atiek
0133643808 Wassup
0134563312

Tiada ulasan:

Catat Ulasan