Khamis, 26 Disember 2013

Sakit Jantung: Hearth Attack or Hearth Failure

Bismillahirahmanirrahim...

Assalamualaikum...


Hai semua... Hari ini sy nk mencoretkan sedikit maklumat erkaitan sakit jantung atau mat sallehnye heart attach or hearth failure. Sebelum cerita psl masalah jantung, sy nak cerita sedikit berkaitan kepentingan jantung dan fungsi jantung kepada manusia mahupun haiwan.

Jantung memainkan peranan sebagai sebagai pam yang membantu mengalirkan darah ke seluruh anggota badan. Darah yang dibawa mengandungi oksigen dan nutrien penting bg bdan kita. Jantung terdiri daripada otot-otot jantung dan empat injap jantung. Organ ini memerlukan bekalan oksigen yang mencukupi untuk berfungsi dengan baik.


Pembentukan kolesterol dalam pembuluh darah jantung adalah penyumbang utama penyakit jantung. Pembentukan kolesterol bermula sejak muda lagi. bukan apabila seseorang telah berusia. 

Bekalan oksigen ini diperoleh dari pembuluh darah jantung yang juga dikenali sebagai arteri. Pembuluh darah jantung ini terletak pada permukaan jantung. Setiap individu mempunyai tiga pembuluh darah utama. Pembuluh darah ini berfungsi membekalkan otot-otot jantung dengan oksigen dan zat makanan.

Seseorang boleh mendapat penyakit jantung apabila satu atau lebih pembuluh darah ini menjadi sempit. Ini berlaku kerana pemendapan kolesterol dan pembentukan plak yang terdiri daripada kolesterol dan parut-parut tisu. Sel-sel yang meliputi kolesterol pada dinding pembuluh darah ini menjejaskan aliran darah ke jantung.

Antara faktor atau punca sakit jantung adalah:

  • paras kolestrol yang tinggi
  • diabetes
  • hipertensi
  • kegemukan
  • merokok
  • kurang melakukan senaman
  • faktor jantina
  • proses penuaan



Sakit dada atau dikenali sebagai angina pektoris. Sakit ini dialami pada bahagian tengah dada atau sebelah kiri dada. Kesakitan ini dialami dengan:
a. Seolah-olah ada cengkaman yang kuat pada dada
b. Berat pada dada
c. Senak dada
d. Sukar bernafas: sakit ini akan merebak ke leher dan bahagian lengan kiri. Ia selalu berlaku semasa aktiviti fizikal atau tekanan emosi. Tekanan emosi atau sebarang aktiviti boleh menyumbangkan masalah ini.

Sakit dada ini terbahagi kepada dua peringkat iaitu:
  1. Stabil: mengalami sakit dada apabila melakukan aktiviti.
  2. Tidak stabil: mengalami sakit dada yang berulang-ulang dan berpanjangan. Sakit ini dialami sekalipun dengan melakukan aktiviti yang ringan atau semasa rehat.

Bagaimanapun, sesetengah pesakit diabetes atau warga tua tidak mengalami gejala ini. Sebaliknya, mereka mungkin mengalami:
a. Berpeluh-peluh
b. Rasa lemah badan
c. Sakit pada hulu hati
d. Pening kepala
e. Pengsan

Bagi mengatasi masalah ini, antara supplement atau vitamin yang dicadangkan adalah:

1. Omegaguard

  • mengurangkan risiko penyakit jantung
  • membaiki kesihatan kardiovaskular
  • memelihara tekanan darah
  • memelihara kesihatan otak dan penglihatan
  • memelihara fungsi - fingsi sendi

2. ESP (Soy Protein Isolate Powder)
  • mengekalkan tenaga berjam - jam
  • membantu mengekalkan otot, memperbaiki tisu, dan fungsi enzim dan hormon teratur
  • membantu menyokong sistem imun, mengekalkan tahap kolestrol normal dan mengalakkan kesihatan jantung dan prostat
  • membantu mengekalkan otot, memperbaiki tisu dan fungsi enzim 


3. Al Falfa Complex
  • kaya dalam nutrisi dan mineral surih
  • mengurangkan toksin
  • melegakan rasa kebas dan sakit sendi
  • merendahkan kolestrol
  • mengandungi enzim penting untuk penghadaman makanan



4. Vita E Complex
  • antioksidan yang boleh larut dalam lemak
  • menyokong kesihatan jantung, otak, jantung dan prostat di samping meningkatkan fungsi peparu, kolon dan fungsi imun
  • melawan penuaan pra matang
  • menyokong prestasi otot dan mempercepatkan pemulihan
  • antioksidan yang mampu menghalang kerosakan sel dan radikal bebas


5. Lechitin
  • menggalakkan fungsi optimum otak
  • memecahkan lemak dan menolong mengurangkan berat badan
  • menurunkan paras kolestrol


6. Garlic
  • meningkatkan kardiovaskular dan membantu mengekalkan tekanan darah normal
  • membantu mengekalkan tekanan darah normal dan tahap kolestrol normal
  • menggalakkan kesihatan kardiovaskular
  • memelihara tahap kesihatan mikro organisma penting




Secara keseluruhannya ingin sy rangkumkan bahawa setiap penyakit ada penawarnya. Namun kita hanya berusaha, seterusnya kita harus berserah dan tawakal kepada Allah s.wt.

Sekian sahaja entry sy untuk kali ini..

Sebarang pertanyaan boleh tinggalkan di petak "comment" atau hubungi sy secara terus:

Noratika Atiek
0133643808 Wassup
0134563312

Tiada ulasan:

Catat Ulasan